Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seramai 47 militan terbunuh dan 50 lagi cedera selepas pihak tentera kerajaan menyerbu tempat persembunyian Taliban di barat wilayah Farah pada Rabu, kata seorang pegawai kanan tentera wilayah itu Raz Mohammad Oryakhil, lapor agensi berita China Xinhua.
"Hasil daripada perancangan operasi tersusun dilancarkan untuk memerangi Taliban di daerah Bala Block pagi tadi berjaya membunuh 47 pemberontak dan 51 lagi cedera," kata Oryakhil kepada Xinhua.
Bala Block merupakan kubu kuat Taliban di barat Farah terletak kira-kira 695 kilometer dari Kabul.
Operasi akan diteruskan sehingga kesemua pemberontak di kawasan berkenaan berjaya dihapuskan.
Militan Taliban yang aktif di wilayah Farah bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan. -Bernama
29 Mac 2017 - 19:20
News ID: 820767
Seramai 47 militan terbunuh dan 50 lagi cedera selepas pihak tentera kerajaan menyerbu tempat persembunyian Taliban di barat wilayah Farah pada Rabu, kata seorang pegawai kanan tentera wilayah itu Raz Mohammad Oryakhil, lapor agensi berita China Xinhua.